Jurucakap Taliban, Qari Yousuf Ahmadi berkata, serangan itu bermula dengan letupan kereta sebelum sekumpulan lelaki bersenjata menyerang ibu pejabat polis.

Sementara itu, menurut ketua polis, Tadin Khan, letupan kereta itu disusuli dengan dua lagi letupan.

“Pertempuran telah berakhir. Beberapa kenderaan hangus terbakar. Tentera Afghanistan dan helikopter Amerika Syarikat (AS) meronda kawasan terbabit,” kata Tadin kepada AFP. - AFP