Menurut Kementerian Dalam Negeri, serbuan tersebut dibuat sehari selepas letupan bom yang mencederakan 17 orang berhampiran Piramid Giza.

Katanya, serbuan dijalankan di sebuah pangsapuri, Daerah 6th of October yang digunakan bagi membuat alat letupan.

“Serbuan itu membunuh tujuh orang daripada kumpulan itu yang mempunyai kaitan dengan Ikhwanul Muslimin.

“Selain itu, lima suspek militan juga terbunuh dalam serbuan terhadap kumpulan Hasm di kejiranan Al-Shorouk,” katanya. - AFP