Pertempuran berkenaan terjadi di Tanum, perkampungan terpencil di bandar Patikul, selatan negara ini pada pukul 6.15 pagi semalam.

Menurut Komander Pasukan Tindakan Bersama Sulu, Cirilito Sobejana, insiden berbalas tembakan itu berlanjutan selama sejam.

Tambah Sobejana, anggota tentera terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah Abu Sayyaf.

“Tindakan kami adalah terhad dan diatur agar tidak mencederakan tebusan. Tentera kami sedang menjejaki dua anggota polis wanita yang diculik pada bulan lalu di Patikul.

“Kami akan terus mencari baki anggota Abu Sayyaf dan menyelamatkan tebusan,” ujar pegawai awam yang mengetuai Perintah Mindanao Barat. Mejar Jeneral Arnel Dela Vega.

Dua polis wanita terbabit antara yang diculik bersama-sama tebusan lain oleh Abu Sayyaf.

Abu Sayyaf sering kali melakukan penculikan, pengeboman dan penggal kepala di barat Mindanao, khususnya di kawasan persembunyian mereka di wilayah kepulauan Basilan serta Sulu. - BERNAMA