Menurut agensi pertahanan awam seperti dipetik oleh portal Agensi Berita Saudi (SPA) sebagai berkata, 10 orang dilaporkan terkorban di barat laut bandar Tabuk dan dua lagi di Madinah serta kawasan utara sempadan.

Antara Ahad dan hari ini, agensi pertahanan awam telah menyelamatkan seramai 271 orang dari kawasan banjir dan setengah daripada mereka di Tabuk. - AFP