Tertuduh, Bilel Kabaoui, 32, dan Mourad Delhomme, 41, menyertai sembilan warga Perancis dan Tunisia yang sudah berada dalam senarai hukuman mati selepas perbicaraan sepanjang minggu lalu.

Mereka mempunyai 30 hari bagi memohon rayuan terhadap hukuman berkenaan.

Iraq telah menghukum lebih 500 suspek warga asing Daesh sejak 2018.

Mahkamah itu telah menghukum banyak orang dikenakan penjara seumur hidup dan mati.

Namun tiada lagi anggota Daesh warga asing yang telah menjalani hukuman mati. - AFP