Menurut Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia ke Syria, pertempuran yang berlaku sejak Selasa lalu mengakibatkan 75 anggota pemberontak maut manakala 29 tentera Syria terkorban.

Pertempuran itu tertumpu di sekitar Tal Meleh, utara wilayah Hama.

“Pertempuran masih berlaku, dengan pesawat tempur tentera dan Rusia mengebom kawasan terbabit,” kata ketua pertubuhan berkenaan, Rami Abdel Rahman. - AFP