“Di sebalik usaha sumbangan yang membantu mereka yang memerlukan dalam tempoh dua tahun ini, penduduk Marawi sudah letih dan kecewa. Mereka mahu berdikari dan berhenti bergantung kepada sumbangan,” kata Ketua delegasi Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Filipina, Martin Thalmann seperti dipetik menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Penduduk Marawi juga berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan air, peluang pekerjaan dan lebih penting, tempat tinggal tetap.

Tambah Thalmann, pihaknya sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil perhatian terhadap isu tersebut supaya pemulihan semula di kawasan paling terjejas boleh dijalankan.

Seramai 165 tentera, 45 penduduk awam dan ratusan pengganas Daesh terkorban dalam konflik yang berlanjutan selama lima bulan itu.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan pembebasan bandar tersebut pada Oktober 2017 dan berikrar untuk membangunkan semula Marawi. - AGENSI