Jabatan meteorologi Bangladesh berkata, daerah Cox’s Bazar yang menempatkan hampir satu juta etnik Rohingya menerima hujan sekurang-kurangnya 58.5 sentimeter sejak 2 Julai lalu.

Jurucakap Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) berkata, hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh di kem pelarian yang kebanyakannya dibina di lereng bukit memusnahkan hampir 4,889 gubuk pada dua minggu pertama Julai.

Lebih 200 tanah runtuh direkodkan sejak April lalu di kem yang dibina berhampiran sempadan Myanmar dan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh selain menjejaskan hampir 50,000 orang pelarian.- AFP