Aktivis terkemuka seperti Loujain al-Hathloul, Hatoon al-Fassi dan Aziza al-Yousef merupakan antara yang hadir ke mahkamah selepas hampir setahun ditahan tanpa sebarang pertuduhan.

Menurut presiden mahkamah, kesemua aktivis tersebut akan mendengar pertuduhan terhadap mereka dibacakan.

Kebanyakan daripada mereka didakwa mengancam keselamatan dan membantu musuh kerajaan. - AFP