Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan menerima panggilan kecemasan pukul 12.02 tengah hari dari Balai Polis Tongod mengenai kejadian itu.

“Mangsa, Maria Pongli, 35, ditemukan lemas oleh penduduk kampung kira-kira 40 km dari tempat kejadian.

“Ketika kejadian, mangsa menaiki kenderaan itu bersama majikannya Lee Yoke Cheng, 64, yang dalam perjalanan dari kampung itu ke pekan Telupid apabila Lee hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam sungai,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - BERNAMA