Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.37 pagi tadi.

Menurutnya, laporan dibuat oleh mangsa, seorang lelaki warganegara Singapura berusia 30-an mendakwa dipukul seperti yang berlaku dalam video tersebut.

“Kejadian itu disahkan berlaku dan pihak polis sedang giat menjalankan siasatan” katanya dalam satu kenyataa di sini hari ini.

Klip video berdurasi 19 saat memaparkan dua lelaki memukul seorang lelaki yang berada dalam sebuah kereta dipercayai berlaku di Lebuhraya Linkedua menuju ke Tuas, Singapura tular dalam Facebook sejak malam tadi.

Dzulkhairi berkata, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berpunca akibat pelanggaran kenderaan menyebabkan mangsa dimarah dan ditumbuk sebelum suspek beredar.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE