Video oleh NAIMAH MOHAMAD

Serbuan kira-kira pukul 1 petang dijalankan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor dengan kerjasama Bukit Aman itu dibuat selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan mempromosikan judi dalam talian secara haram.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, sindiket itu dipercayai telah berpangkalan di negara ini selama dua bulan.

"Hasil siasatan awal mendapati, mereka hanya mentadbir urusan judi dalam talian dari sini dan pelanggan mereka berada di China.

"Kesemua suspek mendakwa tahu kerja mereka sebagai admin judi online, malah sebelum mula bekerja, mereka semua dikehendaki menghadiri kursus, namun ekoran gaji ditawarkan sebanyak RM3,000 sebulan, mereka tidak kisah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas operasi selama lima jam tersebut tamat di sini, sebentar tadi.

Tambah Mohd. Khaizam, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka. - UTUSAN ONLINE