Dalam kejadian kira-kira pukul 9.35 malam itu, mangsa Haliah Hamat, 45, yang parah di kepala dan dada meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Chevrolet dari arah Alur Lintah menghala ke Kampung Kerandang itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Alza.

Katanya, kemalangan itu turut menyebabkan pemandu Perodua Alza, Nur Adila Abdul Rahman, 31, cedera dan dikejarkan ke Hospital Besut untuk menerima rawatan.

"Bagaimanapun, empat penumpang lain dalam Perodua Alza yang berumur antara satu hingga 16 tahun tidak mengalami kecederaan," katanya di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - UTUSAN ONLINE