Kesemua nelayan warga Filipina yang tinggal di Karambunai dekat Kota Kinabalu, Sabah itu berumur antara 23 dan 41 tahun serta tidak mempunyai dokumen yang sah.

Komander Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner, Mohamed Pajeri Ali berkata, mereka ditahan dalam Op Gelora Khas (Op Terancang) kira-kira pukul 6.20 petang.

“Pasukan kami sedang melakukan rondaan di kawasan terbabit dan menahan nelayan asing yang sedang menangkap ikan...kru dan juragan bagaimanapun dibebaskan kerana mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Pihak kita turut merampas bot nelayan itu, hasil tangkapan sebanyak 1,500 kilogram pelbagai jenis ikan, dua unit kompresor, dua tangki ikan, 400 liter diesel dan peralatan menangkap ikan yang bernilai RM114,820,” katanya di sini hari ini

Tambah Mohamed Pajeri, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.- BERNAMA