Kesemua mereka yang berusia di antara 23 hingga 63 tahun itu ditahan dalam Op Dadu yang dijalankan kira-kira pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang oleh 17 anggota dan pegawai dari Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7).

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua mereka ditahan di tujuh buah premis berbeza di Butterworth dan Kepala Batas.

“Suspek dipercayai terlibat dalam kes judi loteri awam haram tanpa lesen.

“Dalam operasi ini polis turut merampas 14 keping slip kertas bercetak, tujuh telefon bimbit, tujuh mobile data printer dan sejumlah wang tunai yang dipercayai berkaitan dengan judi loteri haram,” katanya di sini hari ini.

Menurut Noorzainy kesemua barang rampasan itu akan dihantar kepada pakar judi yang dilantik untuk tujuan analisa.

“Pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kegiatan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. - UTUSAN ONLINE