Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Lim Chee Khoon berkata, suspek, 35, yang juga penganggur ditahan sepasukan polis pada pukul 2 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menjumpai lima peket plastik lutsinar yang di dalamnya dipercayai mengandungi serbuk dadah jenis heroin seberat 281.2 gram bernilai kira-kira RM5,000.

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek kita menemukan 281.2 gram heroin dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam untuk siasatan lanjut.

"Hasil ujian air kencing, suspek juga didapati positif dadah jenis Morfin serta mempunyai rekod lampau kes jenayah dan narkotik," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Chee Khoon, suspek kini direman seminggu sehingga 27 Januari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE