Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, ketiga-tiga individu itu diperlukan untuk hadir perbicaraan membabitkan kes pembunuhan yang berlaku di Jalan Gombak- Genting Sempah pada tahun 2017.

Menurut beliau, pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan Sha’ari Ariffin Senin, 52, yang beralamat di Lot 1170, Batu 9, Jalan Gombak Utara, Kuala Lumpur.

“Kita juga mengesan A. Sonaiya, 49 tahun, dan K. Sundar berusia 26 tahun dan kedua-dua mereka beralamat di Lot 46225 B, Setor Jalan Mangga, Kampung Sumgai Tua, Batu Caves,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.

Samsor berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden I. Agilan di talian 03-61262222 atau 019-5240801.- UTUSAN ONLINE