REEZAL MERICAN
REEZAL MERICAN

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan itu membolehkan prosiding berkenaan dijalankan secara adil mengikut sistem undang-undang sedia ada.

Beliau memberitahu, kerajaan Malaysia juga tidak menerima sebarang bentuk desakan daripada Korea Utara untuk mencampuri proses perundangan berkaitan kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

“Kementerian akan terus memantau perkembangan perbicaraan kes ini dari semasa ke semasa.

“Kita juga akan sentiasa berhubung dengan pihak-pihak berkuasa di Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Mustapa meminta kerajaan menyatakan sama ada menerima desakan untuk mencampuri urusan perundangan kes pembunuhan Jong-nam. – UTUSAN ONLINE