Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Nur Hidayah Manaf bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Pengasuh kepada mangsa tiba di Bilik Reman Kompleks Mahkamah Majistret dan Sesyen di sini kira-kira pada 11 pagi diiringi peguam bela Mohd. Salleh Tugimin.

Semalam akhbar melaporkan seorang bayi, Haraz Muhd. Hafez meninggal dunia dipercayai tersedak susu ketika berada di rumah pengasuh di Jalan Merdeka, Kampung Melayu Majidee di sini, petang kelmarin.

Bapa mangsa, Muhd Hafez Mohamed, 31, memberitahu, dia dihubungi pengasuh pada pukul 2.30 petang bahawa anak bongsunya sudah tidak sedarkan diri sebelum bergegas ke rumah pengasuh tersebut dari tempat kerja.

Anak bongsu daripada dua beradik itu disahkan meninggal dunia selepas di hantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan ‘aspiration Pneumonia’ iaitu disebabkan susu masuk ke bahagian paru-paru mangsa sekali gus membawa kepada kekurangan oksigen. - UTUSAN ONLINE