Dalam kejadian kira-kira pukul 9.38 pagi itu, mangsa, Wang Yun Hean, 39, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Superintenden Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dari Cheras menghala ke Selayang.

“Ketika tiba di selekoh Jalan Istana, mangsa telah melihat kemalangan jalan raya di hadapannya sebelum menekan brek yang mengakibatkan kenderaannya tergelincir,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sarifudin, kereta mangsa telah berpusing dan terbabas sebelum melanggar penghadang jalan.

Tambahnya, kes diklasifikasikan mengikut Peraturan 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan. - UTUSAN ONLINE