Perintah tahanan reman tiga suspek yang kesemuanya berusia 20 hingga 30 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Hairol Azhar Mohd. Ishak di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman mati.

Utusan Malaysia pada 16 Disember 2018 melaporkan, mangsa berumur 28 tahun dipercayai diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang ketika berdiri di luar pusat hiburan di pusat perniagaan 8 Avenue, Seksyen 8, di sini pada pukul 6.38 pagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan pada jam 7.40 pagi. - UTUSAN ONLINE