Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kesemua saksi yang ditemui gagal untuk mengecam suspek terbabit kerana mereka memakai topi keledar yang menutup muka.

“Mungkin dalam keadaan kelam kabut saksi tidak dapat mengecamnya kerana terpaksa menyelamatkan mangsa dengan cepat akibat cedera parah ketika kejadian itu.

“Bagaimanapun susaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Justeru beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Sementara itu, difahamkan Kamarudin kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini dan keadaannya dilaporkan semakin sihat.

Akhbar sebelum ini melaporkan Kamarudin cedera parah ditetak dalam sebuah kedai kopi di Jalan Tengku Chik di sini kira-kira pukul 7.30 malam.

Beliau yang memakai jubah berwarna putih berlumuran darah akibat kecederaan serius di kepala dan di bahagian tepi serta belakang badan.

Kamarudin turut dibantu seorang guru al-Quran untuk dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini bagi mendapat rawatan lanjut - UTUSAN ONLINE