Ketua Polis Daerah , Deputi Superintenden Mohd Azmir Damiri berkata, suspek berusia di antara 20 sehingga 50 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan.

Beliau berkata, siasatan awal polis percaya pembunuhan ini dilakukan secara berkumpulan.

"Suspek terbabit ditahan di beberapa lokasi berasingan dan kini direman selama enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanapun, setakat ini motif kejadian masih belum diketahui. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini, mayat seorang lelaki yang dikenali sebagai Aiman berusia 26 tahun dituntut keluarganya dari Jertih, Terengganu selepas pengecaman dibuat selepas selesai bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa ditemukan penduduk tanpa baju dan berseluar pendek dengan kesan yang terbakar dan keadaan wajah yang sukar dikenali terapung di sungai tersebut kira-kira pukul 3 petang.

Hasil bedah siasat di HRPZII menemukan kesan dipukul menggunakan objek tumpul di bahagian muka dan badan mangsa selaian kesan hangus. - UTUSAN ONLINE