Pelantikan tersebut bagi menggantikan Senior Asisten Komisioner Mohamad Laham yang menamatkan perkhidmatannya dalam pasukan polis selepas bersara pada Sabtu ini.

Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan di sini hari ini disaksikan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain.

Pada majlis sama, Pegawai Turus Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Kontinjen Perak, Superintenden Noraziah Zakaria turut menerima pemakaian pangkat Asisten Komisioner di mana beliau akan menggalas tugas baharu sebagai Penolong Pengarah Latihan (Urus Tadbir/Latihan) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Ibu pejabat Polis Bukit Aman.-UTUSAN ONLINE