Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, suspek berusia 27 tahun dikatakan menumbuk muka isterinya sehingga lebam di bahagian muka dan bibir.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek turut memecahkan televisyen, pinggan, mangkuk serta kerusi.

“Kita berjaya menahan lelaki itu awal pagi tadi dan telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,” lapor Utusan Borneo hari ini.

Dalam pada itu, Stanley berkata, suspek akan direman Mahkamah Majistret Sibu. 

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isteri menggunakan tangan dan memecahkan barang rumah.- UTUSAN ONLINE