Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.25 petang itu, difahamkan pasangan suami isteri itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum dua lelaki menaiki motosikal Yamaha 135 LC menghampiri mangsa dari belakang.

Suspek telah meragut beg tangan wanita itu dan suaminya cuba mengejar namun motosikalnya hilang kawalan hingga kemalangan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, mangsa telah dirawat di Hospital Kajang dan dibenarkan pulang.

“Kita sedang memburu suspek yang terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh disalurkan ke mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nurfaezatul Akma di talian 017-5443931. - UTUSAN ONLINE