Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, kedua-dua mereka telah ditahan bersama enam lagi anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 17 Julai lalu.

Ujarnya, tempoh reman kesemua mereka sepatutnya dibebaskan hari ini namun timbalan pendakwa raya dan peguam itu akan disambung reman selama dua hari.

“Selain mereka, sebahagian anggota polis yang ditahan juga akan disambung reman bagi menmbantu siasatan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada pelbagai pangkat termasuk koperal dan sarjan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Bengkel Serantau dalam Mempromosikan Ketelusan Pemunya Benefisiari di Asia Tenggara di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai penahanan lapan individu termasuk timbalan pendakwa raya dan peguam pada 17 Julai lalu kerana menerima rasuah.

Hasil tangkapan itu, wang tunai RM17,500 turut ditemukan dipercayai suapan yang diterima mereka.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM atas kesalahan sogokan.-UTUSAN ONLINE