Itu kegitan yang dilakukan satu ahli sindiket terdiri 20 individu termasuk kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan kes penjualan MyKad kepada warga asing.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, tangkapan itu dilakukan pada 19 Ogos lalu oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Bahagian (D14) Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman.

Jelasnya, kesemua mereka berusia 32 hingga 70 tahun ditahan dalam operasi khas susulan penahanan beberapa suspek terdahulu.

“Mereka ditahan terdiri 17 warga tempatan termasuk dua wanita, masing-masing satu lelaki dan wanita warga China serta seorang lelaki warga India ditahan bagi membantu siasatan.

“Kesemua mereka yang ditahan membabitkan ejen, orang tengah, penganjur, pemilik kad pengenalan, sijil lahir dan pasport Malaysia palsu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Huzir memberitahu, hasil tangkapan itu, kita turut merampas 38 telefon bimbit, pasport (34), kad pengenalan (11) , komputer riba (6).

Turut dirampas ialah 58 salinan pasport, salinan kad pengenalan (6) dan buku daftar pesuruhjaya sumpah (4), beberapa dokumen JPN, kereta (6) dan wang tunai bernilai RM38,340.21

“Kesemua 20 individu berkenaan ditahan mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2010.

“Siasatan ke atas mereka dibuat mengikut Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012 dan direman selama 28 hari di bawah Seksyen 4(5) Akta SOSMA 2012,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE