Menurut Yang Dipertuanya, Datuk Aliff Tafid, pihaknya tidak betsetuju dengan perkara tersebut dan mengutuk sekeras-kerasnya jika dakwaan tersebut benar.

Kata beliau, PJK menerima sebanyak 21 aduan daripada orang awam dan ahlinya mengenai perkara berkenaan dan meminta supaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan kenyataan segera berhubung dakwaan tersebut.

"Di mana maruah negara hari ini sekiranya pihak JPN dengan begitu mudah mengeluarkan kad pengenalan terhadap warga asing yang kini telah pun diiktiraf warga negara Malaysia.

"Dakwaan ini baru satu yang ditular, kita tidak tahu berapa ramai lagi yang mempunyai keupayaan memiliki dua taraf kerakyatan, sekali gus ia adalah satu tamparan hebat kepada rakyat Malaysia dan pemimpin negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Aliff, PJK mendesak KDN masuk campur dalam hal tersebut dan menyemak semula senarai penerima kad pengenalan terhadap warga negara luar sejak tahun 2013 hingga kini.

Selain itu katanya, kerajaan perlu membuat langkah pemutihan untuk mengelak kekeliruan dan juga mengelak ketegangan yang di luar jangkaan.

Beliau turut memaklumkan perkara itu kerajaan negeri Melaka ketika membuat kunjungan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE