Ketua Polis Daerah Pontian, Superitenden Mustafa Bakri Salleh berkata, mangas Hafizuddin Nabil Azmaraimi, 15 , menaiki motosikal bersama-sama seorang lagi rakanya.

Katanya, ketika kejadian mangsa dan rakannya dalam perjalanan dari Pontian Besar menuju Parit Sikom.

" Sampai di lokasi kejadian, mangsa dikatakan gagal mengawal motosikal dan melanggar bahagian tepi kiri sebuah kereta Proton Saga yang membelok masuk ke rumahnya.

" Akibat perlanggaran itu mangsa disahkan meninggal dunia manakala rakannya luka kecil dan pemandu kereta Proton Saga seorang wanita tidak mengalami kecederaan," katanya di sini hari ini.

Tambah Mustafa Bakri, siasatan mengenai kemalangan itu masih dijalankan.

Sementara itu, datuk kepada Hafizuddin Nabil iaitu Subahir Abdul Rahman, 72, berkata, arwah cucunya seorang yang baik malah bercita-cita melanjutkan dalam bidang masakan.

Menurut Subahir, arwah yang bakal menduduki peperiksaan Pertaksiran Tingkatan 3, sempat mengurut kaki neneknya pada malam sebelum hari kejadian.

"Arwah anak sulung dari dua beradik memang taat dan sering membantu ibunya, Suriani, 35. Kami memang terasa kehilangannya namun kami reda dengan kententuan Allah, " ujarnnya. - UTUSAN ONLINE