Pengarah Maritik Malaysia Zon Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, mayat tersebut bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan untuk mencari dua warganegara Singapura yang hilang ketika berkayak hari ini menemukan satu mayat lengkap berpakaian dan memakai jaket keselamatan.

"Mayat yang belum dikenal pasti itu ditemui pada jarak 100 batu nautika dari lokasi dua warganegara Singapura dilaporkan hilang, 8 Ogos lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Kenyataan itu turut memaklumkan maklumat lanjut akan diberitahu dalam sidang akhbar yang akan diadakan petang ini. - UTUSAN ONLINE