Dalam laporan yang disiarkan, artikel yang ditulis berdasarkan sebuah sidang akhbar itu menyatakan bahawa seorang pembantu di landasan lapangan terbang itu ditahan polis selepas didapati memiliki dadah jenis heroin seberat 5.95 kilogram (kg) dalam satu operasi di Seremban Gateway, Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan semasa dalam perjalanan menghantar dadah bernilai kira-kira RM104,000 itu dari Johor ke Lembah Klang dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi. -UTUSAN ONLINE