Wanita berusia 24 tahun itu membuat laporan polis pada 1 September lalu dan mendakwa dirinya telah diragut dua lelaki bermotosikal di Jalan Sri Jati, dekat sini hingga mengakibatkan dia kehilangan pasport.

Namun, kejadian tersebut didapati palsu selepas suspek gagal menjawab soalan yang ditanya serta memberi jawapan yang tidak konsisten serta meragukan.

Suspek akhirnya mengaku telah membuat laporan polis palsu dengan tujuan untuk mendapatkan pasport baru di kedutaan kerana pasportnya telah disimpan ejen selepas dia melarikan diri daripada majikannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Arifai Tarawe berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat laporan polis palsu dengan mendakwa menjadi mangsa jenayah semasa-mata untuk mengelak dikenakan bayaran untuk gantian dokumen seperti passport atau kad pengenalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Tambahnya, perbuatan itu adalah satu kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE