Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, rumah kontena berkeluasan 21 meter x 21 meter itu musnah 70 peratus.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Komander Operasi, Jalailudin Abdul Mubin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 12.01 tengah malam dan sebanyak 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil, BBP Sri Petaling dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kita mendapati kebakaran melibatkan rumah kongsi serta kontena tempat penyimpan barang.

“Api berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian dan kebakaran padam sepenuhnya pada pukul 1.35 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Jalailudin, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.- UTUSAN ONLINE