Remaja lelaki itu bagaimanapun ditahan polis dalam serbuan Op Sarang yang dilakukan di Kampung Dasar Baru, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu, Sabah pada kelmarin.

Ketika ditahan, suspek cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan bersama pihak polis sebelum berjaya ditahan.

Turut ditemukan bersama suspek ketika ditahan ialah dadah disyaki Syabu seberat 59.93 gram bernilai RM8,989.50 yang disimpan dalam sebuah beg.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pihaknya turut merampas 14 peket kosong, gunting dan pemetik api milik suspek.

“Kita juga sedang menyiasat pihak yang terlibat membekalkan dadah kepada suspek,” lapor Utusan Borneo hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE