Perintah reman terhadap dua wanita berusia 42 dan 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Mohd. Khairi Abdul Karim.

Kedua-dua suspek disyaki bersubahat membuat pengesahan penerimaan bekalan atau perkhidmatan daripada RZ Biz Enterprise bagi Program Pengurusan Menangani Konflik Pegawai di Tempat Kerja di Depot Imigresen Lenggeng di sini yang mana program itu tidak dijalankan dan tiada bekalan atau perkhidmatan dibuat.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 21 Nov tahun lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebihi tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. 

Kedua-dua suspek ditahan masing-masing pada pukul 5.50 petang dan 6 petang semalam di pejabat mereka di Jabatan Imigresen negeri di sini. - UTUSAN ONLINE