Sumber SPRM memberitahu , suspek berusia 57 tahun yang berpangkat Leftenan Kolonel itu ditahan di Pejabat SPRM Temerloh pada 2.30 petang hari ini selepas hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes melibatkan dirinya.

"Suspek yang bertanggungjawab menyelia kontraktor, memantau proses kerja, mengesahkan spesifikasi piawaian dan memperakukan tuntutan kerja oleh kontraktor di Zon Timur dipercayai menerima suapan daripada kontraktor proksi termasuk syarikat milik ayahnya dengan isteri suspek merupakan pengarah syarikat berkenaan," katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

"Saya mengesahkan penahanan suspek pada hari ini dan akan ada beberapa tangkapan lagi dibuat berhubung siasatan kes ini," katanya yang enggan mengulas lanjut.-BERNAMA