Dalam Op Ramadan yang dijalankan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pagi ini, dua lelaki termasuk seorang lelaki warga Pakistan dikesan membeli nasi bungkus di sebuah kedai makanan di sekitar Melaka Tengah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya mengeluarkan surat saman untuk hadir memberi keterangan di pejabat JAIM kepada lima

umat Islam yang tidak berpuasa.

“Dua daripada mereka diambil tindakan ketika merokok, manakala dua lagi sedang membeli makanan termasuk seorang warga Pakistan serta seorang melibatkan peniaga makanan.

“Kesemua mereka yang berusia antara 35 hingga 57 tahun melakukan kesalahan mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka kerana tidak menghormati bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai Op Ramadan hari ini. - UTUSAN ONLINE