Utusan Borneo melaporkan, Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, dalam serbuan pada pukul 10.45 pagi itu, pihaknya menemukan sejumlah minuman keras pelbagai jenama yang disyaki tidak lulus kastam dalam premis berkenaan.

“Kesemua barangan tersebut disita yang melibatkan jumlah anggaran sitaan sebanyak 2,829.31 liter minuman keras dengan nilai anggaran sebanyak RM6,233.75.

“Anggaran amaun duti kastam yang terlibat adalah sebanyak RM42,444.01,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dedah Halimah lagi, dalam serbuan itu juga, seorang suspek turut ditahan untuk membantu siasatan.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah kesalahan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak lebih 20 kali ganda nilai amaun duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE