Dalam serbuan yang dijalankan antara pukul 3 hingga 5 petang itu, empat individu berusia 26 sehingga 43 tahun termasuk seorang wanita ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan judi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komissioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihak polis telah menyerbu empat buah premis berbeza di kawasan Butterworth dan Mak Mandin di sini dalam operasi itu.

“Dalam serbuan ini selain empat suspek yang ditahan, polis turut merampas 10 keping slip kertas dan 12 keping resit kertas bercetak angka-angka tertera tulisan disyaki judi loteri awam haram.

“Selain itu, dua buah pencetak, empat buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua buah pencetak mudah alih dan sejumlah wang tunai dirampas dalam operasi ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau kesemua barang rampasan di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU untuk tindakan selanjutnya.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan kes masih dalam siasatan pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - UTUSAN ONLINE