Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, serbuan di kawasan Arked Mara, Gelang Patah itu dijalankan pihaknya, pada pukul 11.30 pagi semalam.

“Hasil serbuan kita berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun beserta pelbagai jenama rokok seludup bernilai RM10,735.

“Pemeriksaan dibuat mendapati lelaki tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan cukai atau duti yang telah dibayar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah Khon Chiang, suspek yang ditahan beserta rokok yang dirampas di bawa balik ke Markas PPM W2 untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967. - UTUSAN ONLINE