Dalam kejadian itu, seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang sedang bertugas turut cedera.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Che Mohd. Aizat Che Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.41 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Apabila tiba, kita dapati pondok pengawal telah terbakar dan siasatan mendapati kebakaran berpunca daripada unsur khianat akibat dibaling dengan 'molotov cocktail.'

"Seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang sedang bertugas mengalami lecur sebanyak 10 peratus di tangan dan badan. Mangsa telah diberi rawatan oleh pihak paramedik ambulans yang berada di lokasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. -UTUSAN ONLINE