Dalam operasi bermula pada pukul 6 pagi hingha 12 tengahari itu, polis menjalankan serbuan di kawasan kampung tersebut yang disyaki menjadi tempat penagihan dadah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 71 lelaki tempatan, lima wanita tempatan bersama seorang lelaki Myanmar dan lima lelaki Indonesia.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk mengedar, menagih serta memiliki dadah.

“Polis turut menemukan sebanyak 69.53 gram heroin dan 11.90 gram syabu dalam serbuan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, buat masa ini, polis sedang giat mengumpulkan latar belakang dan umur kesemua suspek yang masih diperiksa. - UTUSAN ONLINE