Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, hanya selepas keterangan kesemua saksi direkodkan baharu polis akan memutuskan tindakan lanjut.

“Pada Khamis lalu, satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita India berusia 47 tahun yang merupakan bekas Pegawai Penyelidik dan Bendahari PKR Cabang Sungai Siput.

“Dalam laporan itu dia menyatakan telah dicabul dan diaibkan oleh Ahli Parlimen (Kesavan). Kejadian itu dikatakan berlaku beberapa kali sejak Disember 2018,” kata Fadzil dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 dan 509 kanun keseksaan. -UTUSAN ONLINE