Siasatan itu dilakukan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh wartawan berkenaan semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Arifai Tarawe ketika dihubungi BERNAMA mengesahkan perkara itu.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew menuntut supaya polis menjalankan siasatan secepat mungkin terhadap tindakan mengugut bunuh wartawan itu.

“NUJ amat prihatin mengenai insiden ini dan akan terus memantau keselamatan wartawan,” jelasnya.-BERNAMA