Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, kesemua barangan itu merupakan hasil rampasan operasi polis di daerah ini dari tahun 2014 hingga 2018.

“Sepanjang tempoh itu kita menahan seramai 313 orang. Rampasan dan tangkapan itu membabitkan 59 kertas siasatan.

“Seramai 91 yang ditahan telah dituduh di mahkamah atas kesalahan menjadi penganjur aktiviti perjudian,” katanya dalam sidang akhbar majlis Pelupusan Barang Kes Mesin Perjudian Siber di sini hari ini.

Mohd Said berkata, semua barang kes yang dilupuskan membabitkan peralatan elektronik dan komponen komputer itu sudah mendapat arahan mahkamah untuk dilupuskan.

Jelasnya, pelupusan barangan terbabit dilakukan menggunakan kaedah E-Waste berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. - UTUSAN ONLINE