KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2019 - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berucap pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Roadshow Autisme, Garis Panduan Polis Diraja Malaysia di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / PEMBERITA - FARAHIN ( JENAYAH, UTUSAN ) / EDDY ( JENAYAH, KOSMO )NOTATERBITANKOSMO6 SEPTEMBER 2019JUMAATMUKA 3060919KARCHIVED BY SUE

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, walaupun laporan polis yang dibuat mangsa telah ditarik balik, polis tetap akan mengambil kenyataan Farhash untuk direkodkan.

“Kita masih mencari Farhash untuk kita direkodkan percakapan sebelum kertas siasatan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan sama ada kes tersebut tiada tindakan lanjut (NFA) atau sebaliknya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Negara di Lapang Sasar Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras di sini hari ini.

Difahamkan mangsa merupakan seorang jurulatih tinju itu telah diserang dengan topi keledar, pisau dan kerusi oleh sekumpulan 12 lelaki termasuk Farhash ketika berada di tempat letak motosikal di luar sebuah kompleks sukan di Ampang.

Farhash sebelum ini telah diminta tampil menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan kes menyerang seorang jurulatih tinju di kompleks sukan tersebut.

Namun sehingga kini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mendakwa Farhash gagal berbuat demikian dan setakat ini sebanyak lima tangkapan berusia antara 22 hingga 38 tahun telah dibuat termasuk pengadu.

Fadzil turut mengesahkan pengadu kes tersebut telah membuat laporan polis untuk menarik semula laporan dan kes berkenaan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.- UTUSAN ONLINE