Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput dan Balai Polis Jalong pada pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan suspek sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

Katanya, sebuah lori yang dinaiki kesemua suspek telah ditahan dan pemeriksaan ke atas kenderaan itu mendapati terdapat empat ekor lembu yang disyaki dicuri.

“Siasatan awal mendapati lembu-lembu tersebut dicuri di kawasan ladang berkenaan dan kesemua suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD Sungai Siput untuk tindakan lanjut.

“Kita mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dijalankan ke atas mereka,” katanya.-UTUSAN ONLINE