Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, wanita berusia 49 tahun itu dicari bagi membantu perbicaraan di bawah Seksyen 39b (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang akan disebut esok.

Menurut beliau, alamat terakhir Chin Chin adalah di No.5, Jalan Bukit Kecil, Taman Bukit, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Jelasnya, saksi berkenaan merupakan isteri yang juga pemilik perniagaan dan penyewa premis di mana tangkapan dan rampasan dalam kes berkenaan dilakukan.

"Kepada saksi berkenaan atau sesiapa yang mengetahui di mana saksi berkenaan diminta menghubungi Inspektor Haslina Hamzah di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ibu pejabat polis SPT di talian 016-3432116," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE