Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, suspek, Vijaya Kumar Youvan, 30, beralamat di No. 11A, Jalan Garing Permai 4, Garing Permai, Serendah, Selangor.

"Sebelum ini kita telah menahan tiga lelaki dan dua perempuan untuk membantu siasatan dan sedang mengesan suspek utama kes pembunuhan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak, di sini hari ini.

Menurut Samsor, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Agilan Iswaran di talian 019-5230801.

Dalam pada itu, jelasnya, seorang lagi lelaki warganegara Myanmar sedang dikesan selepas didapati merupakan suspek utama kes pembunuhan lelaki warganegara Nepal di sebuah apartment di Taman Wangsa Permai, Gombak, pada 20 Januari lalu.

Ujarnya, suspek utama kes tersebut, Aung Soe Lwin, 41, memegang pasport bernombor MC310488.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Visvanathan Paramasiwan di talian 019-4718571. - UTUSAN ONLINE